Pulau Pinang ,17 Mac 2018 : Pada 17 Mac 2017 yang lalu, Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-22, bertempat di Dewan Persidangan Universiti Sains Malaysia (USM). Majlis yang bermula pada jam 8 pagi dimulakan dengan pendaftaran alumni-alumni yang hadir serta sarapan pagi. Mesyuarat kali ini turut dihadiri YBhg. Prof. Datuk Dr. Asma Ismail iaitu Naib Canselor USM dan YBhg Tan Sri Datuk Mustafa Mansur iaitu merupakan alumni USM dan juga Penaung PAUSM.

Mesyuarat ini dimulakan Ucapan Penaung PAUSM dan diikuti dengan ucapan dari Naib Canselor USM. Mesyuarat ini turut dirasmikan oleh Penaung USM.

Seterusnya, mesyuarat agung dimulakan dengan pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke-21 (2017) serta laporan aktiviti tahunan 2017 yang dikendalikan oleh Presiden PAUSM iaitu YBhg Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak . Laporan Kewangan 2017 pula dibentangkan oleh Prof.Madya Dr. Tan Cheng Ling selaku Bendahari PAUSM.

Mesyuarat diakhiri dengan ucapan penangguhan oleh Presiden PAUSM .Persatuan Alumni USM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua alumni yang hadir memberikan sokongan bagi melancarkan perjalanan mesyuarat tersebut. PAUSM dengan besar hati telah menghadiahkan cenderahati istimewa kepada alumni yang hadir.












Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!