Pada 27hb hingga 30hb November 2017 yang lalu, Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat  Universiti Sains Malaysia (BJIM) dengan kerjasama Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM) telah mengadakan Program Kasih Sayang. Objektif program tersebut adalah untuk mengambil berat dan memberi prihatin tentang kebajikan pelajar yang kurang berkemampuan dari segi kewangan. Program ini menunjukkan keprihatinan USM dan PAUSM dalam membantu pelajar yang kurang berkemampuan. Seramai 400 pelajar USM telah dikenalpasti dalam program ini. Program Kasih Sayang yang diadakan selama empat hari ini telah mendapat sambutan baik dalam kalangan pelajar. Para pelajar berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.


















Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!