Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tan Sri/Puan Sri/Tuan/Puan,


Perkara di atas adalah dirujuk.


Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM) ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas sokongan dan kehadiran ke Program Balikampus 2017 yang bertemakan Towards Sejahtera : Alumni Family in Unity yang telah berlangsung pada 26 Ogos 2017 yang lalu.

Sehubungan dengan ini, diharap para alumni dapat terus memberi sokongan kepada PAUSM bagi menaikkan nama Universiti Sains Malaysia (USM) serta memberikan sumbangan untuk pembangunan pada masa hadapan.

Akhir kata, PAUSM mengucapkan jutaan terima kasih dan berharap agar Siratul Rahim akan terus erat dan berkekalan serta saling menyokong pada masa yang akan datang.


Salam hormat. Wassalam.


“Wadah untuk alumni menyumbang dan berjaringan”


Yang menjalankan tugas,

Sekretariat Persatuan Alumni USM
Tel : 04-6569370/04-6532166 Ext: 5142













Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!