PERSATUAN Alumni USM (PAUSM) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan dan tanpa untung, mendedikasikan khidmatnya kepada alumni USM. Sebagai persatuan yang menjalinkan alumni USM, PAUSM telah berjaya berkembang dan mewujudkan satu jaringan alumni global yang menyediakan akses kepada ahlinya. Pada tahun ini, dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni, Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan (PPA,K&KG), PAUSM akan mengadakan Program Balikampus Alumni 2017 pada 26hb Ogos 2017 (Hari Sabtu) dari 8 pagi hingga 11 malam bertempat di Kampus Induk USM, Pulau Pinang. Manakala Makan Malam akan diadakan di Vistana Hotel, Pulau Pinang. Tema Program Balikampus tahun ini ialah Towards Sejahtera : Alumni Family in Unity. Pelbagai aktiviti telah diatur bagi memeriahkan program pada kali ini serta bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan alumni dengan USM dan juga meluaskan rangkaian peluang alumni USM. 

Yuran Penyertaan bagi Program Balikampus 2017 ini ada lah seperti berikut :

Pembayaran SEBELUM 30/06/2017

Penyertaan keseluruhan Program : RM 120.00 seorang
Penyertaan bagi Jamuan Makan Malam : RM 100.00 seorang

Pembayaran SELEPAS 30/06/2017

Penyertaan keseluruhan Program : RM 150.00 seorang
Penyertaan bagi Jamuan Makan Malam : RM 120.00 seorang


Maklumat Bayaran

CIMB Bank Persatuan Alumni USM : [800381480-6).

Sebarang pertanyaan boleh hubungi sekretariat Balikampus 2017 di 012 571 7632 / 013 471 1243 @ Email : persatuan.alumni@gmail.com




Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!