Program AUSM Awesome Nite yang digerakkan sepenuhnya oleh Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysian [PAUSM] telah diadakan pada 13 Oktober 2016 dari 8 malam hingga 11 malam di Putra World Trade Center. 

Penyertaan alumni juga amat memberangsangkan yang hampir 700 alumni USM. Program ini turut diserikan dengan keberangkatan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al- Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Censelor Universiti Sains Malaysia (USM).

Selain itu, program ini turut dihadiri oleh YB Dato' Seri Idris Jusoh Menteri Pendidikan Tinggi yang juga merupakan alumni USM.

Pada malam program itu juga, penganugerahan Tokoh Alumni USM juga telah dianugerahkan kepada alumni yang telah dipilih berdasarkan kriteria dan kelayakkan. Antaranya adalah :

1.   Dr. Chandra Muzaffar
2.   Datuk Dr. Zurinah Hassan
3.   Mr. Kishva Ambigapathy
4.   Y.Bhg. Tan Sri Abu Kassim Mohamed
5.   Tan Sri Dr. Madinah Mohamad

Selain itu program ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan alumni dengan USM dan juga meluaskan rangkain peluang alumni USM. Program AUSM Awesome Nite ini juga turut diserikan dengan nyanyian dan persembahan daripada alumni USM.


















Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!