02 April 2018 : Sempena Ulang Tahun 10 Apex (20085-2018), Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM) akan mengadakan alumni Talk 2018 di Kampus Kejuruteraan, Kampus Kesihatan dan juga Kampus Induk Universiti Sains Malaysia.

Presiden Persatuan Alumni USM iaitu Y.Bhg Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak akan memberikan taklimat sempena Ulangtahun ini yang bertajuk Memperkasa Roh Apex Apa Peranan Universiti, Staf, Pelajar & Alumni.

Program ini akan dimulakan di Kampus Kejuruteraan pada 20 April 2018 (Jumaat) dimana tentatif dimulakan pada jam 9 pagi bertempat di Auditorium Kompleks Dewan Kuliah, Kampus Kejuruteraan.

Semua alumni,staf, pelajar dan warga kampus di jemput hadir, mata MyCPD / MyCSD akan diberikan




Pulau Pinang ,17 Mac 2018 : Pada 17 Mac 2017 yang lalu, Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-22, bertempat di Dewan Persidangan Universiti Sains Malaysia (USM). Majlis yang bermula pada jam 8 pagi dimulakan dengan pendaftaran alumni-alumni yang hadir serta sarapan pagi. Mesyuarat kali ini turut dihadiri YBhg. Prof. Datuk Dr. Asma Ismail iaitu Naib Canselor USM dan YBhg Tan Sri Datuk Mustafa Mansur iaitu merupakan alumni USM dan juga Penaung PAUSM.

Mesyuarat ini dimulakan Ucapan Penaung PAUSM dan diikuti dengan ucapan dari Naib Canselor USM. Mesyuarat ini turut dirasmikan oleh Penaung USM.

Seterusnya, mesyuarat agung dimulakan dengan pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke-21 (2017) serta laporan aktiviti tahunan 2017 yang dikendalikan oleh Presiden PAUSM iaitu YBhg Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak . Laporan Kewangan 2017 pula dibentangkan oleh Prof.Madya Dr. Tan Cheng Ling selaku Bendahari PAUSM.

Mesyuarat diakhiri dengan ucapan penangguhan oleh Presiden PAUSM .Persatuan Alumni USM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua alumni yang hadir memberikan sokongan bagi melancarkan perjalanan mesyuarat tersebut. PAUSM dengan besar hati telah menghadiahkan cenderahati istimewa kepada alumni yang hadir.













Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-22, pada 17 Mac 2018, bertempat di Dewan Persidangan Universiti Sains Malaysia (USM). Majlis akan bermula pada jam 8 pagi. Sempena majlis tersebut, pihak persatuan ingin mengalu-alukan kedatangan semua alumni USM sama ada yang telah berdaftar atau tidak dengan Persatuan Alumni USM. 

Diharapkan Mesyuarat Agung Tahunan ke-22 ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua alumni untuk bersama-sama menyumbangkan idea bagi memantapkan persatuan.
Kepada alumni yang berminat untuk hadir, sila maklumkan kehadiran anda kepada Sekretariat Persatuan Alumni USM di talian 04-653 2166/04-656 9370 atau email persatuan di persatuan.alumni@gmail.com.


☺️==

Pada 27hb hingga 30hb November 2017 yang lalu, Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat  Universiti Sains Malaysia (BJIM) dengan kerjasama Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM) telah mengadakan Program Kasih Sayang. Objektif program tersebut adalah untuk mengambil berat dan memberi prihatin tentang kebajikan pelajar yang kurang berkemampuan dari segi kewangan. Program ini menunjukkan keprihatinan USM dan PAUSM dalam membantu pelajar yang kurang berkemampuan. Seramai 400 pelajar USM telah dikenalpasti dalam program ini. Program Kasih Sayang yang diadakan selama empat hari ini telah mendapat sambutan baik dalam kalangan pelajar. Para pelajar berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.


















Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tan Sri/Puan Sri/Tuan/Puan,


Perkara di atas adalah dirujuk.


Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM) ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas sokongan dan kehadiran ke Program Balikampus 2017 yang bertemakan Towards Sejahtera : Alumni Family in Unity yang telah berlangsung pada 26 Ogos 2017 yang lalu.

Sehubungan dengan ini, diharap para alumni dapat terus memberi sokongan kepada PAUSM bagi menaikkan nama Universiti Sains Malaysia (USM) serta memberikan sumbangan untuk pembangunan pada masa hadapan.

Akhir kata, PAUSM mengucapkan jutaan terima kasih dan berharap agar Siratul Rahim akan terus erat dan berkekalan serta saling menyokong pada masa yang akan datang.


Salam hormat. Wassalam.


“Wadah untuk alumni menyumbang dan berjaringan”


Yang menjalankan tugas,

Sekretariat Persatuan Alumni USM
Tel : 04-6569370/04-6532166 Ext: 5142














TINGGAL 4 HARI LAGI PEMBAYARAN EARLY BIRD BAGI PROGRAM BALIKAMPUS 2017.

🌸Yuran Penyertaan SEBELUM 28/07/2017 :
Full Day : RM 120.00 seorang
Dinner Only : RM 100 seorang

🌸Yuran Penyertaan SELEPAS 28/07/2017
Full Day : RM 150.00 seorang
Dinner Only : RM 120.00 seorang
Banyak aktiviti yang telah kami rancangkan.

🌸50 peserta terawal boleh menginap di Desasiswa Universiti Sains Malaysia.
🌸Sebarang pertanyaan boleh hubungi sekretariat Balikampus 2017 013-4711 243 / 012-571 7632






Berikut merupakan borang penyertaan untuk Program Balikampus 2017 'Alumni Family in Unity'. Borang boleh dimuat turun dari pautan yang diberikan seperti yang tertera.













Teks / Foto : Nurul Hidayah Termiji
Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!